Duit raya untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH berita gembira buat kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Semua kakitangan awam Negeri Kelantan termasuk lantikan politik akan menerima bonus Aidilfitri sebanyak RM700. Turut diumumkan, kenaikan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500.

Manakala, lebih 12,000 penjawat awam di Negeri Terengganu pula bakal terima durian runtuh RM700 sebelum perayaan Aidilfitri ini dengan peningkatan sebanyak RM200 berbanding RM500 pada tahun lepas.

Bayaran bonus ini akan melibatkan semua kakitangan sama ada kontrak dan tetap.

Berita baik juga untuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah, Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang akan diberikan. Semua pembayaran akan dibuat pada 18 April depan.

Pemberian bonus Aidilfitri ini adalah sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada kakitangan kerajaan negeri yang telah bekerja keras untuk membantu melancarkan pentadbiran serta memacu ekonomi negeri.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, semoga bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk membuat persiapan raya. Terima kasih kerajaan negeri!

ASMA’ ABDULLAH
Pengarah Ameerah Terengganu – HARAKAHDAILY 12/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -