FIFA beku dana persatuan bola sepak Indonesia

- Advertisement -

Dana pembangunan yang diperuntukkan untuk Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dibekukan oleh FIFA selepas negara itu dilucutkan hak sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun.

Badan induk bola sepak dunia itu melarang Indonesia mengadakan pertandingan yang bermula pada 20 Mei-11 Jun selepas penolakan penyertaan pasukan Israel di kejohanan tersebut oleh dua orang gabenor di republik itu.

- Advertisement -

Bulan lalu, penunjuk perasaan berarak di ibu kota Jakarta mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin, menuntut agar Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Penyingkiran Indonesia menimbulkan kemarahan dan kekecewaan di kalangan peminat dan pemain di negara yang bola sepak adalah sukan nombor satu.

FIFA berkata dalam satu kenyataan mencadangkan sekatan ke atas penggunaan dana pembangunan FIFA Forward untuk PSSI dan akan mempertimbangkan semula untuk menarik balik sekatan itu selepas mengkaji rancangan Indonesia untuk menambah baik bola sepak Indonesia.

Ketua PSSI, Erick Thohir dalam satu kenyataan berkata “sekatan pentadbiran” itu akan memberi kesan kepada keperluan operasi PSSI, tetapi tidak memberikan butiran lanjut, mengulangi arahan Presiden Joko Widodo supaya beliau mengubah sukan itu, termasuk mengubah suai lebih 20 stadium.

“Indonesia boleh mengelak hukuman berat dibuang daripada bola sepak dunia. Ini lebih seperti kad kuning, bukan kad merah,” katanya.

FIFA pernah melarang Indonesia daripada bermain dalam pertandingan antarabangsa pada 2015 kerana campur tangan kerajaan. – REUTERS

- Advertisement -