Umat Palestin ditindas: Dunia Islam perlu bangkit solidariti

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Dunia Islam bangkit bersolidariti di atas kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin semalam. Keganasan yang dilakukan Zionis bukan sahaja mencemar kesucian Ramadan, bahkan kemuliaan Masjid Al-Aqsa turut tercalar. 

Zionis Israel telah menceroboh hak umat Islam yang sedang menunaikan ibadah dalam Masjid Al-Aqsa. Mereka dibelasah dan dipukul tanpa sebab, tangan mereka diikat dalam satu insiden keganasan yang sering kali berlaku dalam Ramadan.

Dunia Islam tidak sepatutnya berdiam diri di atas kekejaman yang berterusan ini. Tindakan yang tegas wajar diambil ke atas Israel. Hanya dengan solidariti Dunia Islam yang kukuh sahaja akan mendiamkan kezaliman Zionis Israel sekian lama terhadap umat Islam Palestin. 

DUPP juga mengharapkan agar Wisma Putra dapat mengeluarkan kenyataan kecaman serta menggunakan pelbagai platform Antarabangsa bagi mengajak dunia mengecam keganasan dan kezaliman Zionis. Kita wajar menjelaskan pendirian yang tegas terhadap kecelakaan ini. 

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -