PAS Sabah perkukuh hubungan dengan agensi penyiaran

PAS Putatan ketika mengadakan lawatan di pejabat Sabah FM sempena Hari RTM.
- Advertisement -

PUTATAN: Menyedari agensi penyiaran dan penerangan menyumbang maklumat secara gigih hingga ke pelosok rakyat Sabah, PAS Sabah berusaha memperkukuhkan hubungan silaturahim. khususnya dengan RTM Sabah.

Ketua Penerangan PAS Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin berkata, lawatan ke RTM merupakan rutin tahunan dilaksanakan sempena Hari RTM pada 1 April tahun ini.

- Advertisement -

RTM Sabah terutama Sabah FM merupakan rakan media PAS Putatan yang akrab. Sabah FM antara agensi penyiaran yang sentiasa bekerja keras dalam memberi maklumat semasa setiap hari kepada masyarakat,” katanya ketika lawatan di pejabat Sabah FM.

Pada masa yang sama, Yang Dipertua PAS Putatan, Muhammad Akmal Othman pula berkata, kunjungan itu merupalan inisiatif dalam mengukuhkan hubungan bersama agensi penyiaran atas komitmen warga kerja sebagai penyampai.

“Sebagai tanda penghargaan, PAS Putatan hadir dengan beberapa hamper dan menyatakan sokongan kepada RTM Sabah khususnya,” katanya.

- Advertisement -