PURNAMA sedia 13,500 kuih raya untuk pasukan keselamatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelab Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kelantan (PURNAMA)
menyiapkan 13,500 bungkusan kuih raya sebelum diserah kepada 20 pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu.

- Advertisement -

Aktiviti membungkus kuih raya bermula dua hari sebelum Ramadan.

Pengerusi PURNAMA, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid berkata, sebanyak empat jenis kuih raya disediakan dalam setiap pek.

“Alhamdulillah memandangkan tahun ini jumlah bungkusan kuih bertambah berbanding biasa, kami turut bekerjasama dengan Darul Niswah DUN Pasir Pekan dan Darul Niswah DUN Jelawat.

“Sumbangan Aidilfitri diadakan setiap tahun sebagai tanda ingatan kami, sebagai mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan di atas pengorbanan pasukan keselamatan menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di Darul Nisywah DUN Pasir Pekan hari ini.

Menurutnya juga bungkusan kuih tersebut akan diserah Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada satu majlis khas April ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PURNAMA, Datin Hasmani Husain, setiausaha Datin Nor Asyikin Ahmad dan isteri Adun Jelawat, Nor Aini Mustapha. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -