Madinah Ramadan jadi tarikan pelancong di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Madinah Ramadan di Dataran Warisan antara yang menjadi lokasi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Kelantan sempena Ramadan.

- Advertisement -

Mereka datang beberapa hari ke Kota Bharu bagi mengikuti program di Madinah Ramadan, disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) setiap tahun.

Ada antara mereka menginap di hotel di sekitar pusat bandar Kota Bharu termasuk Hotel Jewels bagi memudahkan mengunjungi Madinah Ramadan.

Pengurus Hotel Jewels Kota Bharu, Muhammad Azrin Zainal Abidin berkata,
Hotel Jewels antara hotel menjadi pilihan pelancong untuk menginap sempena bulan Ramadan.

Katanya, hotel berkenaan mempunyai pelanggan khusus yang datang hanya pada bulan Ramadan semata-mata untuk mengunjungi Madinah Ramadan.

“Tahun ini kami juga mempunyai pelanggan baharu yang mahu meraikan Ramadan di Madinah Ramadan. Kebanyakan mereka datang dengan keluarga.

“Dan ada juga orang perseorangan memilih minggu pertama dan kedua untuk menghadiri Madinah Ramadan bagi mengikuti program yang diatur MPKB-BRI,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘review food Ramadan’ di hotel berkenaan smalam.

Menurut Azrin, ramai pelancong memilih Hotel Jewels kerana kedudukannya tidak jauh daripada lokasi Madinah Ramadan.

Malah katanya, mereka boleh berjalan kaki dari hotel ke Madinah Ramadan memandangkan jarak tidak jauh.

Selain itu kata beliau hotel terbabit turut menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Beliau juga berkata, antara yang menjadi tarikan pelanggan termasuk menu asam pedas, ikan keli percik, gulai ikan masin, gulai tempoyak dan ‘live cooking dan lamb grill disediakan.

Selain itu Hotel Jewels turut memperkenalkan sajian warisan makanan kampung bagi mengembalikan keenakan makanan zaman dahulu. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -