30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (7)

- Advertisement -

HIKMAH 7:

- Advertisement -

من أشرقت بدايته أشرقت نهايته

“Sesiapa yang bersinar permulaannya, pasti akan bersinar pengakhirannya.”

Maksud:

1. Kejayaan di akhir garisan penamat ditentukan mengikut cara kita bermula. Kalau kita bermula dengan cara yang betul, Insya-Allah di akhir kita akan beroleh kejayaan.

2. Keberkatan awal pagi, jika dimanfaatkan akan memberi kebaikan pada sepanjang hari tersebut. Rasulullah S.A.W berdoa:

اللهم بارك لأمتي في بكورها

“Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi mereka.”

[Hadis Riwayat Abu Daud]

3. Mulakan awalan sesuatu urusan dengan tawakal kepada Allah. Ibn Ataillah juga menyatakan:

من علامات النجح في النهايات، الرجوع إلى الله في البدايات

“Antara tanda kejayaan di akhir, adalah kembali kepada Allah di awal.”

Ibrah Ramadan:

Sahur merupakan tuntutan dalam bulan Ramadan. Bukan sekadar memberi kekuatan bagi menghadapi puasa, tetapi sahur itu sendiri terdapat keistimewaan terutama dari sudut masanya. Ia memerlukan seseorang melawan rasa mengantuk untuk bangun di pagi hari sebelum Subuh demi menyahut seruan agama. Waktu tersebut adalah waktu tuhan ‘turun’ ke langit dunia mencari hambaNya yang sedang bertahajud bagi mengabulkan segala permintaan mereka.

Kerana itulah Nabi S.A.W bersabda:

تسحروا فإن في السحور بركة

“Bersahurlah. Sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

ALANG IBN SHUKRIMUN
7 Ramadhan 144467
29 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -