Ramadan bulan ibadah

- Advertisement -

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

- Advertisement -

“Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.””

 (Hadis Riwayat Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah S.A.W mengingatkan para Sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam berpuasa.
2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir dan doa). 
3.  Ramadan adalah bulan ibadah di mana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai amalan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan  menyediakan  dirinya dengan rahmah Allah untuk masuk ke syurga.
4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakannya untuk mengganggu atau menggoda.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang akan menjelang esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan aku kembali mendamba redha Ilahi.

YB USTAZ KAMAL ASHAARI
Ahli Parlimen Kuala Krau  HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -