Pelanggaran Bahasa Melayu: Sejauh mana DBP bertindak?

Tuan Guru Zulkifli Ismail.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Status draf pindaan akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1959) terhadap isu pelanggaran bahasa Melayu menimbulkan persoalan sejauh mana DBP mampu mengambil tindakan terhadap perkara tersebut di negara ini.

Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin) melalui soalan tambahannya ketika sesi jawab lisan dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini bertanya tentang apakah status cadangan (draf) pindaan akta DBP 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

- Advertisement -

Beliau juga meminta Kementerian Pendidikan Tinggi, memberikan jawapan tentang isu penguatkuasaan bahasa kebangsaan di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Adakah kerajaan bercadang untuk turut menguatkuasakan akta bahasa kebangsaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdapat di dalam negara ini?” soal beliau.

Timbalan Menteri, Dato’ Mohammad Yusof Apdal dalam jawapannya berkata bahawa  penggunaan bahasa kebangsaan di IPTS bergantung kepada institut berkenaan.

“Hal ini kerana, IPTS menggunakan dana sendiri untuk membangunkan institut mereka,” katanya.

Dalam soalan asalnya, Tuan Guru Zulkifli meminta pihak kementerian menyatakan sejauh mana kementerian bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan di institusi pengajian tinggi terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -