Ramadan: AKSB buat persediaan hadapi cuaca panas

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat persediaan awal bagi menghadapi Ramadan dan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, AKSB menjangkakan penggunaan bekalan air terawat akan meningkat sepanjang Ramadan ini.

Lebih-lebih lagi katanya Ramadan tahun ini disambut dalam cuaca yang agak panas dan kemarau yang boleh menyebabkan sumber air mentah menyusut.

Katanya AKSB mengambil langkah proaktif dengan membuat persediaan termasuk kesemua Loji Rawatan Air (LRA) AKSB beroperasi dengan kapasiti maksima dengan keseluruhan pengeluaran air melebihi 500 juta liter sehari (JLH).

“Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di LRA-LRA yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran akan ditunda.

“Stok bahan kimia di LRA-LRA akan dipastikan mencukupi bagi pengoperasian loji sepanjang Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada kenyataan hari ini.

Selain itu AKSB menyediakan sebanyak 430 tangki statik (TS) bersaiz 500 hingga 2000 gelen dan ditempatkan di seluruh jajahan iaitu di kawasan yang bertekanan rendah dan sering mengalami gangguan bekalan air.

AKSB turut menyediakan sembilan lori tangki air milik AKSB dan 4 unit lori air kontrak serta tambahan 27 lori tangki air kontrak di seluruh jajahan untuk menghantar air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

AKSB memastikan lori-lori diselenggara dengan baik dan dapat beroperasi dengan sempurna sepanjang Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Dr Nazmi juga berkata, AKSB memastikan kakitangan yang bertugas di Unit Mekanikal dan Elektrikal serta kakitangan pengoperasian rawatan dan agihan sentiasa mencukupi serta dapat dihubungi sekiranya berlaku apa-apa gangguan bekalan air.

“AKSB juga meminta kontraktor luar untuk sedia membantu melaksanakan sebarang kerja kecemasan yang di luar kemampuan kakitangan AKSB.

“AKSB akan menyediakan perbelanjaan awalan kepada setiap jajahan untuk kegunaan kerja-kerja kecemasan bagi memastikan pergerakan operasi berjalan dengan lancer.

“Medium komunikasi dengan Tenaga Nasional Berhad dibuat jika sekiranya terdapat sebarang gangguan bekalan elektrik,” ujarnya.

Menurutnya juga Unit Hal Ehwal Pengguna (PINTAS) akan menerima aduan daripada pengguna sepanjang Ramadan bermula 8 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali hari Khamis 8 pagi hingga 9.30.

PINTAS boleh dihubungi melalui talian 15777 atau ATAU whatsapp ke 019-5755777 atau email ke [email protected] atau muat turun applikasi MyAKSB melalui Google Play Store dan App Store untuk mendapatkan maklumat mengenai bekalan air. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -