‘Mana lagi hendak cari kerajaan prihatin macam ni’

- Advertisement -

DUNGUN: Masyarakat non Muslim mengakui kerajaan negeri cakna kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Sehingga sekarang pelbagai bantuan diterima mereka terutamanya penduduk miskin.

- Advertisement -

Seorang penduduk Tan Lee Ngee, 70, berkata, kecaknaan kerajaan negeri tidak dapat dinafikan kerana sering mendapat bantuan daripada wakil rakyat.

Katanya walaupun Tahun Baharu Cina sudah lama berlalu, namun kerajaan negeri tetap memberi sumbangan kepada kaum Tionghua.

“Mana lagi hendak cari kerajaan prihatin macam ni kepada penduduk Cina, duit dapat, makanan pun dapat,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi penduduk Lee Ka Yam, 78, turut merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang tidak pernah lupa golongan warga emas.

“Saya dah tidak ingat ini kali ke berapa saya dapat tetapi setiap tahun saya pasti dapat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dungun Serena Lim Abdullah berkata, walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) majoriti non-mslim tidak menyokong PAS, namun kerajaan negeri tidak pilih kasih.

Katanya Kerajaan PAS Terengganu memberi bantuan dan sumbangan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, bahasa dan fahaman politik,

“Jadi kita harap Pilihan Raya Negeri nanti, mereka terbuka hati untuk memberi undi kepada calon PAS,” ujarnya.

Baru-baru ini lebih 300 kaum Tionghua yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan wang tunai.

Sumbangan itu disampaikan ADUN Rantau Abang Alias Harun. (Foto atas) Program itu dianjur Lajnah Perpaduan Nasional Dungun. Turut hadir ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -