Kerajaan perhalusi senarai mangsa banjir

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bantuan banjir yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM50 juta kepada Kelantan pada Disember lepas disalur melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Pembangunan Pembangunan Negeri dan Pejabat Tanah dan Jajahan sedang memperhalusi senarai mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah.

“Sekarang di peringkat memperhalusi senarai mangsa banjir tersebut,” katanya menjawab soalan Mohd Radzi Jaafar (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menteri Besar juga berkata, Jabatan Pembangunan Negeri telah menyalur sebahagian bantuan tersebut untuk mangsa banjir yang berpindah.

Manakala RM9.1 juta lagi bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah. Selain itu RM30,000 bantuan kepada keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia.

“Ada mangsa banjir yang sudah mendapat bantuan tersebut iaitu di Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Tumpat mangsa banjir yang tidak berpindah belum lagi mendapat bantuan tersebut,” katanya.

Pada Disember lepas Perdana Menteri ketika melawat mangsa banjir di Kelantan mengumumkan bantuan khas kepada mangsa banjir yang melibatkan peruntukan RM50 juta.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Datuk Sr Azami Mohd Nor berkata, jambatan Palekbang diumum Perdana Menteri pada 9 September 2022 ketika merasmikan Laman Warisan Kampung Laut.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri masih lagi menunggu kelulusan peruntukan daripada Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -