Kelulusan proses pengambilan tanah dilaksana segera

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan bagi memastikan kelulusan proses pengambilan tanah dapat dilakukan segera.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, setiap kali fail sampai ke Pejabat Menteri Besar beliau segera menandatangani kelulusan pengambilan tanah.

“Saya cuba tandatangani kelulusan proses pengambilan tanah pada hari yang sama setelah sampai di atas meja saya,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Peruntukan Tambahan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Persidangan Kali Keempat Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-14 berlangsung hari ini dan esok, dijangka kali terakhir sebelum Dun dibubar pada akhir Jun 2023.

Sebelum itu Menteri Besar membentang usul memohon peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta bagi kerja-kerja pengambilan tanah bagi melaksanakan projek pembangunan.

Bagaimanapun ketika membahas usul tersebut Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) membangkitkan proses pengambilan tanah bagi melaksanakan projek agak lewat.

Kata beliau antaranya projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah antara Gua Musang-Kuala Krai yang melibatkan tanah milik rakyat, hanya sebahagian kecil sahaja mendapat kelulusan sekarang.

Menurutnya keadaan itu menyebabkan projek yang dirancang menjadi lewat sedangkan peruntukan kewangan sudah dilulus kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -