Nasrun Osman dipilih Ketua Pemuda PAS Kedah baharu

- Advertisement -

JERAI: Ustaz Nasrun Osman dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah sesi 2023-2025 pada muktamar tahunan dewan berkenaan kali ke-57, hari ini.

- Advertisement -

Manakala timbalannya Ustaz Mohd Aizat Zakaria apabila menang dalam pertandingan dua penjuru dan Saiful Syazwan Shafie menang tanpa bertanding sebagai naib ketua.

Muktamar yang diadakan di Dewan SRITI, Al-Akhlak Al-Islamiah (SAIF) Guar Cempedak itu menyaksikan 10 daripada 13 calon menang sebagai ahli jawatankuasa bagi sesi 2023-2025..

Mereka iaitu Mohd Saifudin Hassan, Mohd Ikrom Zaki, Ahmad Hamadah Ahmad Shauki, Adnan Yusuf, Mohd Noor Rahimin Abd Rahim, Ustaz Majdi Hussin, Wan Mohd Amirul Ashraf Wan Kamaruzaman, Muhammad Aminur Syafiq Mohamad Abduh, Ustaz Ilyas Ahmad dan Ustaz Md Shukri Sawai.

Sementara pengerusi tetap dan timbalannya dimenangi tanpa bertanding oleh Ustaz Subky Sulaiman dan Ustaz Mohamad Roshidi Mohd Arof.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, sesi lalu, Ustaz Nurul Amin Hamid terpaksa berundur kerana faktor umur.

Majlis perasmian muktamar terbabit diadakan malam tadi disempurnakan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya. – HARAKAHDAILY 18/3/2023

- Advertisement -