PAS konsisten bangun institusi pendidikan berteras Islam

- Advertisement -

KOTA KINABALU: PAS merupakan satu-satunya parti politik yang secara konsisten membangunkan institusi pendidikan berteras Islam di pelbagai peringkat bermula prasekolahan sehingga institusi pengajian tinggi.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, pendidikan merupakan salah satu tunjang yang sangat penting dalam pembangunan manusia.

“PAS tidak dapat dipisahkan lagi dengan institusi pendidikan sejak dahulu sehingga sekarang,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Beliau yang juga Adun lantikan Sabah berkata, PAS berusaha membangunkan sektor pendidikan demi untuk melahirkan generasi yang syumul dan berakhlak mulia.

Sebelum itu Dr Aliakbar turut menghadiri program pemukinan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hafidz yang diadakan di Hotel HAS King Fisher, Sepanggar.

Pemukiman tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf SMITI berkenaan kemahiran membuat perancangan secara bersistematik.

Penasihat SMITI Al-Hafidz, Muhammad Salman Amin berkata antara objektif pemukiman terbabit untuk mempersiapkan organisasi bagi menghadapi cabaran semasa. – HARAKAHDAILY 18/3/2023

- Advertisement -