SPR tentukan kedudukan pengundi bertukar alamat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk menentukan kedudukan pengundi yang bertukar alamat dan mahu mengundi di negeri lain.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu berkenaan berhak mengundi mengikut alamat dan tempat yang didaftarkan untuk mengundi.

Bagaimanapun kata beliau seandainya berlaku pertindihan alamat, SPR boleh mengesan dan menyiasat perkara itu.

“Tidak ada undang-undang yang menyekat perkara tersebut dan terpulang kepada SPR bagi menentukannya,” katanya selepas merasmikan Galeri Seni Visual Al Khatiri Point di sini, semalam. (Foto atas)

Media sebelum ini melaporkan PAS Selangor menolak dakwaan pengundi di Terengganu dan Kelantan menukar alamat tempat tinggal mereka untuk mengundi di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir berkata tuduhan Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin kononnya sejumlah besar pengundi PAS sedang giat menukar alamat mengundi ke Selangor adalah tidak berasas. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -