Adun digesa ambil inisiatif bantu selesai masalah air

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ustaz Mohd Hanif Ghazali (PAS-Tanjung Dawai) mencadangkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melakukan inisiatif sendiri untuk membantu Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyelesaikan masalah air di kawasan masing-masing.

- Advertisement -

Sehingga ini kata beliau, pihaknya telah membina 30 telaga yang dikorek secara gotong royong sebagai alternatif apabila berlaku masalah air.

“Wakil rakyat dan Adun-Adun boleh bantu menyelesaikan masalah ini walaupun terpaksa menggunakan duit sendiri.

“Tak kisahlah kalau nak guna nama YB-YB semua asalkan penduduk di kawasan kita dapat dibantu,” katanya semasa membahaskan Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah pada Sidang Dun di Wisma Darul Aman, hari ini.

Ujarnya lagi, SADA sering menjadi bahan kritikan apabila berlakunya masalah air sedangkan syarikat itu telah membantu sedia upaya memastikan air dapat dibekalkan kepada penduduk.

“Kalau kata SADA tidak prihatin, sehingga 2022, syarikat ini telah membelanjakan hampir RM17,523,200 untuk menghantar bekalan air dari rumah ke rumah,” tambahnya.

Kata Hanif, jumlah RM17,523,200 itu melibatkan RM580,071 (2018), RM1,980,610 (2019), RM3,085,269 (2020), RM5,193,927 (2021) dan RM6,683,320. untuk tahun 2022. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -