Buka ruang dakwah dekati anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disaran membuka ruang dakwah yang lebih meluas melalui media dalam talian untuk melibatkan lebih ramai anak muda.

Sabri Azit (PN-Jerai) berkata, JAKIM juga perlu membuka pintu kepada pelbagai pertubuhan Islam untuk bekerjasama.

- Advertisement -

“Bagaimana perancangan kerajaan bagi meningkatkan aktiviti dakwah bersasar untuk para remaja?

“Program dakwah yang efektif dan mampu mendekati golongan bukan Islam dengan hikmah sangat memerlukan gabungan tenaga antara kerajaan dan pertubuhan,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Sabri turut membangkitkan isu filem Mentega Terbang yang dinilai bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.

Beliau meminta kerajaan menyatakan tindakan dan langkah drastik bagi memastikan filem atau sebarang kandungan yang bertentangan akidah Islam tidak ditayang lagi pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 13/2/2023

- Advertisement -