Adun Bayu, Musoddak dipilih Ahli Dewan Negara

Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengumumkan Adun Bayu, Abdul Nasir Idris dan Setiausaha PAS Kedah Ahmad Musoddak Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara (senator) berkuatkuasa 20 Mac 2023.

- Advertisement -

Cadangan berkenaan dikemukakan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sempena sidang Dun Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Cadangan kedua-dua calon tersebut kemudian disokong Adun Tokai, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit apabila dua senator sebelum ini, Dato’ Ahmad Yahaya dan Dato’ Wira Othman Abdul Aziz meletakkan jawatan pada 1 November 2022.

Speaker Dun Kedah, Dato’ Juhari Bulat memaklumkan pihaknya menerima surat persetujuan yang ditandatangani kedua-dua individu berkenaan.

Pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu selaras dengan Fasal (1)(a) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Musoddak Ahmad

Sementara itu semalam Tuanku Sultan Kedah berharapk dua Ahli Dewan Negara yang dilantik dapat memainkan peranan semak imbang yang berkesan di Parlimen.

“Pelantikan ini bukan sekadar bagi mengisi kekosongan semata-mata tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan isu dasar dan pembangunan negeri didengari di peringkat kerajaan persekutuan,” titah baginda. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -