Segerakan pelaksanaan pendidikan digital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta menjelaskan jangka masa pendidikan digital secara menyeluruh dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, pelaksanaan itu perlu bagi membantu pelajar, terutama di sekolah rendah kebangsaan yang kini dibebankan dengan masalah beg berat.

- Advertisement -

“Apakah persediaan kementerian secara menyeluruh ke arah pendidikan secara digital memandangkan keperluan kepada prasarana pendidikan adalah sangat menyeluruh untuk peralihan dari pendidikan fizikal kepada pendidikan secara digital.

“Bilakah jangkaan kementerian akan dapat dilaksanakan, untuk benar-benar membantu murid di sekolah rendah kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan berkenaan, Hui Ying berkata pihaknya tidak dapat memberi jangka masa tepat untuk pelaksanaan itu.

Katanya, Kementerian Pendidikan memerlukan rancangan lebih terperinci untuk mempunyai jangka masa tertentu berhubung peralihan pendidikan fizikal kepada digital secara menyeluruh. – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -