Kelantan sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir di Johor

Datuk Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Johor bagi membantu rakyat di negeri itu yang kini sekali lagi berdepan dengan banjir.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan bersetuju menyalur sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membantu mangsa banjir di Johor.

“Saya simpati terhadap kejadian banjir yang berlaku di Johor. Bantuan ini sebagai tanda kebersamaan.

“Semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberi ketabahan kepada semua mangsa banjir yang terjejas,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Johor sekali lagi dilanda banjir di mana jumlah mangsa banjir pagi tadi bertambah dua kali ganda sehingga mencecah 25,213 orang berbanding 9,162 mangsa pada jam 8 malam tadi.

Sementara itu MetMalaysia meramalkan hujan tahap buruk bakal melanda Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan turut memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -