Peruntukan pertahanan hanya meningkat sedikit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengangkat jasa dan pengorbanan anggota tentera yang menjaga keamanan negara sebagai tema perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, tiga isu utama berkaitan anggota tentera ialah aspek pertahanan negara, kebajikan dan kesejahteraan veteran tentera.

- Advertisement -

“Saya sedikit khuatir dan memerlukan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan kerana jika diperhatikan belanjawan yang diperuntukkan untuk pertahanan pada tahun ini adalah sebanyak RM17.7 bilion.

“Belanjawan itu meliputi belanja mengurus berjumlah RM11.4 bilion dan pembangunan berjumlah RM6.3 bilion. Daripada jumlah kedua-dua peruntukan ini, berapakah jumlah sebenar yang diperuntukkan untuk tujuan kapal Littoral Mission Ship (Kapal Tempur Pesisir),” katanya.

Ikmal Hisham berkata, tiada peningkatan ketara untuk pertahanan berbanding jumlah peruntukan tahun lepas iaitu RM16 bilion.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan dan tentera yang akan menentukan pembelian aset mereka sendiri supaya tidak lagi berlaku ketirisan seperti sebelum ini. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -