Belanjawan 2023 tidak selesai isu kos sara hidup

Foto Jabatan Penerangan Malaysia
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Belanjawan yang dibentang kerajaan PH-BN hari ini, berlaku peningkatan sebanyak RM16 bilion berbanding Belanjawan 2023 yang dibentang kerajaan Keluarga Malaysia.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membentangkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion bagi Belanjawan 2023.

Jumlah tersebut iaitu sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bagaimanapun pada 7 Oktober lepas, Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentang Belanjawan 2023 berjumlah RM372.3 bilion.

Jumlah terbabit berlaku peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2022 yang memperuntukkan sebanyak RM332 bilion dan Belanjawan 2021 berjumlah RM322 bilion.

Belanjawan era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ menyediakan RM272.3 bilion bagi belanja mengurus dan RM95 bilion bagi pembangunan.

Bagaimanapun, malangnya Belanjawan terbabit tidak sempat dibahas dan diluluskan, selepas Ismail Sabri dikatakan menerima tekanan berterusan daripada pemimpin utama Umno.

Ramai menyifatkan Belanjawan dibentang Tengku Zafrul seolah-olah tidak dihargai selepas pegawai di Kementerian Kewangan bertungkus lumus menyiapkan draf Belanjawan terbabit.

Tiga hari selepas Belanjawan dibentangkan, Ismail Sabri akhirnya akur dan membubarkan Parlimen pada 10 Oktober 2023. – HARAKAHDAILY 24/2/23

- Advertisement -