Perlis cadang wujud portal khas aduan awam

Izizam Ibrahim
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri Perlis bercadang untuk mewujudkan portal khas aduan awam bagi meningkatkan kecekapan tindak balas agensi dan jabatan di negeri itu dalam membantu rakyat.

- Advertisement -

Exco Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam, Izizam Ibrahim berkata melalui portal khas itu, ia memudahkan orang ramai membuat aduan, pertanyaan, menyatakan perngharagaan selain memberi cadangan kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata buat masa ini, belum ada saluran khusus bagi aduan awam sebaliknya aduan diterima disalurkan menerusi wakil rakyat dan agensi berkaitan.

“Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan saya akan perhalusi terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri. Saya perlu melihat dari pelbagai sudut khususnya kemampuan kewangan semasa kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi itu berkata antara aduan diterima adalah hal-hal berkaitan prasarana, isu peniaga dan lain-lain. – BERNAMA

- Advertisement -