Remaja Singapura, individu termuda ditahan ISA

- Advertisement -

SINGAPURA: Dua remaja Singapura telah dikeluarkan Perintah Tahanan (OD), salah seorang daripadanya berusia 15 tahun yang setakat ini menjadi individu termuda ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di negara itu.

- Advertisement -

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu pada Selasa (21 Feb) berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun merupakan pelajar tingkatan 3 sekolah menengah ketika dia ditahan pada Nov 2022, lapor CNA

Dalam kenyataan itu, tambah ISD, remaja berkenaan didakwa telah mempertimbangkan untuk melakukan serangan di Singapura, termasuk menggunakan pisau terhadap orang bukan Islam di kawasan pelancongan popular negara itu. 

“Remaja itu akan menjalani kaunseling agama intensif dengan dua kaunselor agama dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Singapura,” kata ISD.

Seorang lagi warga Singapura, remaja berusia 16 tahun telah dikeluarkan OD pada Dis 2020 selepas dia didapati aktif di platform permainan dalam talian Roblox.

Sebelum pengumuman tentang remaja berusia 15 tahun itu, remaja Singapura berusia 16 tahun tersebut sebelum ini adalah individu termuda negara itu ditahan di bawah ISA negara berkenaan. – HARAKAHDAILY 22/2/2023

- Advertisement -