Isu KWSP satukan Ahli Parlimen berlainan parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Walaupun berbeza parti politik, Ahli Parlimen boleh bersepakat dengan isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatukan mereka.

- Advertisement -

Ketika Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, menjawab perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyuarakan isu yang menarik perhatian ramai.

Beliau meminta kerajaan memberi pertimbangan pengeluaran KWSP secara bersasar, kepada yang layak.

Menurutnya, individu bergaji RM2,000 sebulan selepas 10 tahun, jumlah simpanan akan mencecah RM50,000 dan tidak akan habis jika simpanan KWSP dikeluarkan sedikit.

Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) sependapat dengan Ismail Sabri dengan memberitahu bahawa impak pengeluaran KWSP secara bersasar sangat besar terhadap pemulihan ekonomi, selain dapat membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) juga bersetuju dengan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran kerana cara itu adalah antara kaedah membantu rakyat yang terjejas.

Namun Ahmad Maslan ketika menjawab persoalan ini berkata, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada kaedah lain untuk membantu golongan yang terkesan. – HARAKAHDAILY 22/2/23

- Advertisement -