Seludup rokok, minuman keras, rugi RM717 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras menyebabkan negara kehilangan hasil cukai jualan sebanyak RM353 juta pada tahun 2021 dan RM364 juta pada tahun lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun Timbalan Menteri Kewangan, Sim Chee Keong, berkata mengikut perkiraan industri dan laporan yang dikemukakan kepada kerajaan, jumlah itu sudah tentu lebih besar dan mungkin mencecah sehingga RM5 bilion setahun.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Wan Saiful, jumlah yang dikemukakan itu menunjukkan hasil rampasan jauh lebih kecil berbanding anggaran yang disediakan.

Beliau juga meminta penjelasan dari manakah asalnya barang seludup berkenaan, terutama hasil produk tembakau dan perancangan kerajaan dalam mencukaikan rokok elektronik.

Menjawab soalan itu, kata Chee Keong berkata, barang seludup itu kemungkinan dari pelbagai negara, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti dari aspek perundangan berkenaan cukai untuk rokok elektronik. – HARAKAHDAILY 22/2/2023

- Advertisement -