Kenali gangguan pembuli siber

- Advertisement -

SEJAK saya mengkritik buli siber – perbuatan melucah, hina fizikal dan ugutan ke atas tiga orang Tiktoker wanita muda, saya diganggu dengan kewujudan fake accounts yang saya syak sebenarnya adalah orang yang sama.

Apabila diblock, dia akan datang dengan fake account yang lain. Saya screenshort kesemuanya.

Ciri-cirinya sama:

1. Bercakap tak ada kena mengena dengan status, jelas sekadar mahu mengganggu, sehingga gambar keluarga saya juga diletak komen tak ada kaitan dan tak ada adab.  

(Saya hampir tidak pernah block orang kerana perbezaan pandangan, argument itu biasa untuk mana-mana peguam. Tetapi sentuh keluarga menyebabkan saya mula block kerana ada limit untuk sikap tak bertamadun).

2. Pengecut – berselindung di sebalik fake accounts. Dan mengharap saya yang tidak suka makhluk fake memberi perhatian? 

Beginilah, pergi belajar jadi gentleman berani dulu, buat akaun yang berani tunjuk wajah dan identiti sebenar, baru datang berhujah dengan perempuan.

Belajar objektif. Fokus pada topik. Jika orang bercakap mengenai perubahan iklim global, jangan bercakap mengenai pemasaran ikan pekasam. Contoh.

Dan belajar adab. Tahu sempadan kehidupan peribadi dengan pendapat yang terbuka kepada umum.  

Politik ini berpada-padalah. Masing-masing ada pendirian, cukuplah berpegang dengan pendirian masing-masing. Sekarang dah tahun 2023, bukan 1998.

Tak perlulah keterlaluan sehingga sanggup buat fake accounts demi mengganggu orang lain. 

Kalau jenis suka berdebat, sebab rasa hebat,  boleh tempah piala pusingan di kedai cenderamata, dan bagi hadiah dekat diri sendiri. Tak perlu libatkan orang lain. Bukan semua orang suka membuang masa dalam perdebatan tak ada hala tuju.

Sama-sama saksikan kemunculannya melalui fake account yang lain pula atau empunya akaun sebenar akan kantoi memunculkan diri.

Semoga Allah mengurniakan kita taufiq hidayah dan kesederhanaan dalam hidup. Hidup tenang tanpa mengganggu manusia lain. Chilllah.

MARDHIYYAH JOHARI 
Peguambela dan Peguamcara Peguam Syarie – HARAKAHDAILY 15/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -