‘Kahwin campur’ PH-BN bakal menemui kegagalan

- Advertisement -

ALOR SETAR: ‘Perkahwinan campur’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dianggap bakal menemui kegagalan dan akan berakhir dengan ‘penceraian’.

- Advertisement -

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perebutan kerusi antara kedua-dua blok parti itu dijangka berlaku.

“PH dan BN berebut kerusi. Pembahagian kerusi menjadi sukar. Kerusi majoriti Melayu tentulah BN hendak untuk menentang PAS dan Bersatu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan SUKMA XX, Majlis Sukan Negara (MSN) di Wisma Darul Aman, hari ini.

Baru-baru ini bekas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dilapor membayangkan gabungan PH dan BN mampu mengalahkan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah berkata, pemimpin PH terbabit wajar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada PRN.

“Cubalah nasib di DUN pula pada PRN ini. Berentap di medan politik. Kalau nak bercakap sesiapa pun boleh cakap,” ujar beliau.

Pada PRU15 Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah gagal mempertahankan parlimen Pokok Sena apabila tewas dengan ketinggalan majoriti 31,751 undi kepada Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Ahmad Yahaya.

Ahmad mendapat 52,275 undi dan memperolehi Mahfuz 20,524 undi. Manakala calon BN Noran Zamani Jamaluddin (14,523 undi) calon Warisan, Noraini Md. Salleh (622 undi). – HARAKAHDAILY 8/2/2023

- Advertisement -