Laos mula gunakan mata wang digital

- Advertisement -

TOKYO: The Bank of Laos (BOL) hari ini mula merintis penggunaan mata wang digital susulan Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan pemaju blockchain Jepun Soramitsu.

- Advertisement -

Soramitsu membantu Kemboja melancarkan mata wang digital yang dipanggil Bakong, pada Oktober 2020.

BOL akan menggunakan versi sistem ini yang diubah suai untuk menjana mata wang digital yang akan diedarkan kepada pengguna melalui bank perdagangan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Nikkei Asia.

Laos melihat mata wang digital sebagai satu cara untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses. Sekitar 70 peratus penduduk Laos tidak mempunyai akaun bank.

Mata wang digital membolehkan orang ramai membayar di kedai atau memindahkan wang dengan mengimbas kod QR pada telefon pintar, tanpa mengira sama ada mereka mempunyai akaun bank. Ia boleh mengurangkan kos kiriman wang daripada pekerja di luar negara.

Menurut Nikkei Asia, Vietnam dan Filipina sedang menjalankan penyelidikan mengenai mata wang digital bank pusat (CBDC) manakala Fiji dan negara kepulauan Pasifik lain telah menyatakan minat terhadap konsep itu.

Soramitsu menyasarkan untuk mewujudkan rangkaian penyelesaian antarabangsa yang menghubungkan mata wang digital dari negara-negara berkenaan, menurut laporan itu. – BERNAMA

- Advertisement -