NGO Cina minta bantuan PAS dapat geran tanah

- Advertisement -

SANDAKAN: Selepas usaha memperolehi geran tanah tapak Persatuan Ling Shen belum menjadi kenyataan, pemimpin NGO terbabit mendapat bantuan pemimpin PAS bagi mengetengahkan isu terbabit.

- Advertisement -

Pengerusi persatuan terbabit, Liew Kon Sung berkata, sehingga sekarang NGO berkenaan belum mendapat geran tanah daripada kerajaan negeri.

Katanya, tapak NGO sudah lama diluluskan kerajaan negeri, namun geran hak milik tanah tersebut belum diterima sehingga sekarang.

“Kami sudah lama memohon geran kepada kerajaan negeri setelah mendapat kelulusan permohonan tanah.

“Jadi saya berharap pemimpin PAS dapat membantu bagi mendesak kerajaan negeri mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah tapak persatuan,” katanya ketika menerima kunjungan pemimpin PAS baru-baru ini.

Rombongan PAS Sabah itu diketuai Timbalan Pesuruhjaya Sahar Abdul Majid. Turut hadir Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri Mustaman Mustain dan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sandakan, Isaac Wong Kah Kiet.

Sementara itu, Sahar berkata, pihaknya akan berusaha membantu mempercepatkan urusan mendapatkan geran tanah NGO terbabit bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.

“InsyaAllah kita akan cuba mengetengahkan isu tersebut kepada pihak yang berwajib,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/2/23

- Advertisement -