Banjir: Infrastruktur rosak di Terengganu lebih RM20 juta

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerosakan infrastruktur di seluruh Terengganu akibat banjir besar yang berlaku pada Disember lepas dianggarkan bernilai lebih RM20 juta.

- Advertisement -

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerosakan infrastruktur termasuk jalan raya dan jambatan manakala Hulu Besut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

“Kerosakan infrastruktur adalah dalam RM20 juta lebih sikit dan ia dalam proses untuk diuruskan pihak kerajaan negeri berdasarkan peruntukan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu Tahun 2022 anjuran Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Pada 18 Dis lepas, Terengganu dilanda banjir yang disifatkan lebih besar daripada biasa yang mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terjejas dan terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kesemua lapan daerah. – BERNAMA

- Advertisement -