7 lelaki serang keluarga Islam di Jerman

Polis Jerman kenal pasti 7 lelaki serang keluarga Islam.
- Advertisement -

LEIPZIG: Sebuah keluarga Islam diserang oleh tujuh lelaki di bandar Merseburg, Jerman Timur, Sabtu lalu.

Mengikut stesen televisyen awam, MDR, serangan itu berlaku ketika keluarga berkenaan berjalan sambil menolak kereta sorong. Suspek yang berumur antara 19 dan 33 tahun, mula-mula menghina secara perkauman dan kemudian menyerang secara fizikal.

- Advertisement -

Bagaimanapun, polis memberitahu orang ramai di tempat kejadian membantu keluarga berkenaan dan mencederakan empat penyerang.

Keluarga itu tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan berikutan serangan itu.

Polis kemudian menjalankan siasatan jenayah dan mengenali semua penyerang terbabit.

Sebanyak 662 kes jenayah Islamofobia dilaporkan berlaku di Jerman pada 2021. Terdapat lebih 46 serangan ke atas masjid dan sekurang-kurang 17 orang cedera kerana keganasan anti-Muslim.

Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Daripada 84 juta penduduk negara itu, terdapat hampir 5.5 juta orang Islam dengan 3 juta orang berasal dari Turki. – TRT WORLD

- Advertisement -