Menyimpang norma keamanan sejagat

Tindakan ahli politik Sweden membakar al-Quran

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan bersama dalam solidariti PAS dan umat Islam yang mengecam tindakan membakar naskhah al-Quran oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan bertujuan protes terhadap Turkiye.

Atas kontrak sosial yang menjunjung prinsip kebebasan beragama dan keamanan sejagat, perbuatan ini jauh menyimpang daripada landasan. 

Atas apa jua tujuan, perbuatan mencabul kehormatan agama lain oleh pimpinan politik sesebuah negara berdaulat adalah langsung tidak bertamadun dan tidak boleh diterima tanpa kompromi.

Untuk itu, sayugia saya mengajak seluruh anak muda Kelantan yang sayangkan agama dan menjunjung prinsip keamanan sejagat untuk turut serta bersolidariti bersama pimpinan PAS, DPPM dan seluruh umat Islam terhadap isu ini.

Terbakar hati kami, seluruh umat Islam saat kamu membakar kitab suci kami, al-Quran. Menghormatilah untuk kamu juga dihormati! Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
3 Rejab 1444 / 25 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 25/1/2023

Advertisement