Pemuda PAS perlu manfaat aplikasi MyMutabaah

- Advertisement -

SANDAKAN: Pemuda PAS Sabah perlu mempertingkatkan penggunaan aplikasi MyMutabaah yang disediakan Lajnah Tarbiah PAS Pusat sebagai manual pengurusan tarbiah secara harian.

Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata, MyMutabaah sebagai abnaul harakah disediakan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat yang boleh disusun semula sebagai jadual amalan harian.

- Advertisement -

“Saya yakin pasti ramai pemuda mendapat semangat dengan memanfaatkan MyMutabaah bagi memudahkan melaksanakan jadual harian,” katanya pada perasmian penutupan Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Sabah di sini, semalam.

Itima’ Tarbawi diadakan selama dua hari di Sekolah Sri Raudah, Sandakan dihadiri lebih 100 pemuda dari seluruh Sabah. Turut hadir Ketua Pengarah Akademi Tarbiah (AKTAR) Pemuda PAS Malaysia, Hazmi Dibok.

Hendri juga berkata, Ijtima’ Tarbawi merupakan program wajib bagi pemuda untuk membangkit semula semangat pemuda selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Malaysia sebelum ini diadakan di Besut Terengganu yang menghimpunkan pemuda PAS dari seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah AKTAR Sabah, Arif Abyad berkata, tarbiah merupakan elemen penting dalam PAS kerana ia menjadi ‘makanan ruhiyyah’ ahli untuk memberi semangat terhadap gerak kerja dalam jemaah.

Katanya, amal islami, jamaie dan ijtimaie juga perlu dipertingkatkan setiap Pemuda PAS bagi membina jati diri untuk menghadapi cabaran semasa. – HARAKAHDAILY 23/1/23

- Advertisement -