MB mahu promosi pelaburan guna fotonya dihenti segera

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengarahkan pihak yang menggunakan gambarnya untuk tujuan promosi pelaburan memberhentikannya segera.

- Advertisement -

Kata beliau, setakat ini pihaknya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya untuk mempromosi skim pelaburan syariah yang tular sekarang.

“Saya minta penyalahgunaan ini diberhentikan segera,” katanya pada kenyataan di sini.

Oleh itu kata beliau pihak terbabit dikehendaki membuat kenyataan permohonan maaf atau tindakan undang-undang akan diambil.

Pada poster yang disebarkan di media sosial disebut ‘Pelaburan patuh Syariah, operasi yang mudah, pantas, selamat dan boleh dipercayai.

Selain itu dividen dalam 4 jam. RM300 dapat RM9,000. – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -