Perketat garis panduan LPF, kekang normalisasi ‘soft porn’

Ustaz Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

SAYA menggesa Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyelidiki semula kelulusan yang diberikan terhadap tayangan filem Pulau yang mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan kesopanan awam.

- Advertisement -

Filem tersebut secara tidak langsung bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan larangan terhadap ‘filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam’.

Persoalan yang timbul adalah apakah garis panduan penapisan filem oleh LPF semakin kendur sehingga membiarkan filem sebegini dilepaskan untuk menjadi tayangan kepada masyarakat?

Saya mengharapkan agar Kementerian bertanggungjawab dapat meneliti perkara ini secara lebih mendalam.

Selain itu, budaya normalisasi soft porn perlu dikekang dengan tegas. Sedikit demi sedikit normalisasi tersebut bertapak dalam negara.

Usah cemarkan prestij seni kreatif negara dengan budaya yang tidak sihat serta bertentangan dengan nilai agama.

Malangnya, terdapat sebahagian pemain industri layar perak yang semakin berani mengetengahkan budaya tersebut secara tidak langsung melalui penghasilan filem dan sebagainya.

Adakah kita mahu menghakis sensitiviti masyarakat terhadap budaya ‘soft porn’ dalam negara?

Tanpa ketegasan hari ini, merosaklah masyarakat pada masa akan datang.

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
25 Jamadilakhir 1444 Hijri | 18 Januari 2023 Miladi – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -