Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan-Melayu PJ PAS Selangor

- Advertisement -

PAS Selangor melalui PERIKATAN NASIONAL serius dalam menyediakan diri untuk menjadi alternatif kepada Kerajaan Campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri 2023 ini.  

- Advertisement -

Menginsafi bahawa Selangor merupakan sebuah negeri berbilang kaum dan budaya dengan hampir 39 peratus rakyatnya terdiri dari masyarakat bukan-Melayu atau Bumiputera, maka dalam kesungguhannya menabur khidmat dan mewakili kepentingan semua rakyat di negeri ini, PAS Selangor mengumumkan pelantikan Saudara Low Lee Leong, 46 tahun sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan-Melayu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.  

Beliau akan bertugas membantu YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, mendekati masyarakat bukan-Melayu dengan menjalin serta membina hubungan antara PAS Selangor dan komuniti, NGO serta badan-badan berkepentingan yang melibatkan masyarakat bukan-Melayu termasuklah Cina, India dan lain-lain.  

Saudara Low yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Aerongkasa dari Universiti Putra Malaysia bersama pasukannya dijangka akan mampu memberikan imej dan perspektif sebenar PAS kepada masyarakat bukan-Melayu di Selangor dengan harapan mereka akan lebih faham dan tidak teragak-agak mengundi PAS dan PERIKATAN NASIONAL dalam PRN Selangor 2023 nanti.  

Selamat Tahun Baru Cina.  

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor  
Rabu, 
18 Januari 2023 / 25 Jamadil Akhir 1444 – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -