Atlet Perlis rebut peluang sertai kejohanan antarabangsa

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Perlis berharap lebih ramai atlet dari negeri itu mendapat peluang mewakili negara menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Muhammad Azmir Azizan berkata, melalui peluang tersebut membolehkan atlet kelahiran Perlis mengharumkan Malaysia dan negeri Perlis.

Katanya semalam beliau mengadakan pertemuan atlet negara yang berasal dari Perlis di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

“Saya mengambil peluang itu selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Exco-exco Pembangunan Belia dan Sukan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Putrajaya.

“Kami bertanya khabar serta membincangkan beberapa perkara terutamanya berkaitan kebajikan atlet,” katanya di sini.

Majlis Ramah Mesra Exco Bersama Atlet-Atlet Negara Anak Jati Perlis diadakan di Majlis Sukan Negara Bukit jalil.

Turut hadir Pengarah Belia dan Sukan Perlis Mohd Nizam Mat Daud dan pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik Dato’ Abdul Latif Romly.

Muhammad Azmir juga berkata, perbincangan bersama atlet juga menyentuh hala tuju dan peluang untuk mereka. – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -