Mahu program Sekolah Berselawat diteruskan

- Advertisement -

PEMUDA PAS Johor bersama anak muda negeri berkenaan menyatakan sokongan penuh buat cadangan Jabatan Pendidikan Negeri yang memastikan setiap pelajar berselawat setiap hari sebelum memulakan sesi persekolahan. 

- Advertisement -

Telah dinyatakan Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, dan selawat berkenaan mempunyai berbagai fadhilat terutamanya kepada umat Islam. 

Pemuda PAS Johor berasa amat kesal apabila ada sebahagian daripada golongan umat Islam sendiri yang cuba membatalkan Program Sekolah Berselawat di negeri berkenaan.

Program yang amat bermanfaat dalam mendidik anak bangsa haruslah disegerakan pelaksanaannya. Anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat adalah wajar kita halang dan tentang.

Johor merupakan sebuah negeri yang aman dan makmur. Di bawah pemerintahan Sultan Johor yang sangat peka terhadap isu agama dan pendidikan sudah tentu perkara seperti ini tidak wajar diperlakukan di Johor.

Pemuda PAS Johor menuntut penjelasan dari pihak berwajib dan yang berkaitan bagi pembatalan program ini. Sekiranya alasan diberi tidak wajar atau munasabah, kita akan pastikan Program Sekolah Berselawat itu akan terlaksana walaupun mempunyai halangan.

USTAZ AHMAD NAWFAL DATO’ MAHFODZ
Ketua Pemuda
PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor 
Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 11/1/2023

- Advertisement -