Tanah runtuh: Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau berharap mereka tabah dengan ujian itu dan bersabar menghadapi saat yang mendukacitakan ini.

“Saya juga mendoakan kesembuhan segera kepada semua mangsa yang terselamat dan sedang menjalani rawatan di hospital.

“Marilah sama-sama kita berdoa agar semua mangsa yang masih hilang dapat ditemui segera dan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam hantaran menerusi Faceook beliau, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat khususnya pasukan keselamatan, agensi penyelamat dan pasukan perubatan yang bekerja keras sehingga ke saat ini bagi mencari dan menyelamatkan mangsa. – HARAKAHDAILY 16/12/2022

- Advertisement -