Fakta pertembungan tempat ke-3 Piala Dunia: Croatia-Maghribi

Pemain Maghribi, Achraf Hakimi (tengah), ketika menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Croatia
- Advertisement -

Croatia menentang Maghribi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia Qatar pada hari Sabtu ini.

- Advertisement -

Bila: Sabtu, 17 Disember, 6 petang waktu tempatan (1500 GMT/1000 ET)

Di mana: Stadium Antarabangsa Khalifa, Al Rayyan

Kapasiti: 45,857

Kemungkinan keputusan (selepas 90 minit)

Croatia menang: 11/8

Maghribi menang: 2/1

Seri: 5/2

Pemain Croatia serius menjalani latihan

Statistik utama:

  • Maghribi menjadi negara Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia sebelum tewas 2-0 kepada Perancis di peringkat separuh akhir. Jurulatih, Walid Regragui juga menjadi pengurus Arab pertama yang mengetuai pasukan ke pusingan kalah mati.
  • Kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F mereka dan mencatat keputusan seri tanpa jaringan.
  • Naib juara Piala Dunia pada 2018, Croatia pernah bermain penentuan tempat ketiga sebelum ini. Pada 1998 mereka menewaskan Belanda 2-1 untuk menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia ketika itu.
  • Maghribi tidak melepaskan sebarang gol hasil jaringan pemain lawan hingga kekalahan di peringkat separuh akhir kepada penyandang Piala Dunia, Perancis.
  • Singa Atlas berdepan masalah kekurangan pemain pertahanan selepas kehilangan Romain Saiss, Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui akibat kecederaan dalam kekalahan separuh akhir mereka.

Pertemuan lalu:

Croatia dan Maghribi hanya pernah bertemu dua kali sebelum ini, termasuk di peringkat kumpulan kejohanan ini. Satu-satunya pertemuan mereka sebelum Piala Dunia ialah pada 1996, iaitu ketika di peringkat separuh akhir Piala Antarabangsa Raja Hassan II. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 sebelum Croatia menang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti. – REUTERS

- Advertisement -