Biden gesa Kesatuan Afrika sertai G20

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggesa Kesatuan Afrika agar menjadi ahli tetap Kumpulan 20 (G20).

- Advertisement -

Biden mengeluarkan kenyataannya itu pada Khamis (15 Mei), waktu tempatan, pada hari terakhir Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika di sini, lapor AFP.

“AS bekerjasama rapat dengan Kongres merancang untuk menyalurkan dana sebanyak AS$55 bilion kepada Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan mengatakan matlamatnya adalah untuk ‘memajukan keutamaan yang kita kongsi dan menyokong agenda 2063’,” katanya pada sidang kemuncak tersebut.  

Biden juga mengulangi pengumumannya pada September lalu semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mana beliau menyatakan ‘sokongan penuh’ untuk mereformasi Majlis Keselamatan PBB bagi memasukkan perwakilan tetap buat Afrika.

“Afrika tergolong dalam meja di setiap bilik, di mana cabaran global sedang dibincangkan, dan di setiap institusi di mana perbincangan sedang berlangsung,” tegasnya.

Washington  menganjurkan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika selama tiga hari, yang dihadiri 49 pemimpin Afrika yang membincangkan isu mengenai benua Afrika dalam sesi awam dan juga dalam mesyuarat dua hala.

Sidang kemuncak itu diadakan ketika pentadbiran Biden berhasrat untuk meningkatkan pengaruhnya di rantau tersebut di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dengan China dan Rusia.

Sambil menambah bahawa AS sedang mencari jalan untuk meningkatkan kerjasama dengan Afrika di setiap kawasan, Biden berkata beliau tidak sabar-sabar untuk melawat benua itu.

“Sesetengah daripada kamu menjemput saya ke negara kamu. Saya berkata, ‘Berhati-hati dengan apa yang anda mahu kerana saya mungkin muncul’,” katanya.

“Saya tidak sabar untuk melihat ramai daripada anda di negara asal anda,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 16/12/2022

- Advertisement -