Perancis mara ke final Piala Dunia, mengecewakan Maghribi 2-0

Pemain Perancis gembira dengan kejayaan mara ke final Piala Dunia berturut-turut
- Advertisement -

Perancis bakal berdepan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas gol awal Theo Hernandez dan gol lewat permainan Randal Kolo Muani, menamatkan perjuangan Maghribi dengan kemenangan 2-0 di peringkat separuh akhir, awal pagi ini.

- Advertisement -

Pemain pertahanan, Hernandez menjaringkan gol pertama Perancis pada minit kelima selepas pergelutan di hadapan gawang Maghribi, tetapi penyandang juara Piala Dunia hanya memberikan gambaran sekali-sekala kehebatan mereka.

Maghribi yang terjejas dengan kecederaan awal dua pemain pertahanan utama, berjaya menimbulkan masalah kepada Perancis.

Namun kecemerlangan penjaga gawang Perancis, Hugo Lloris menyelamatkan sepakan Jawad El Yamiq pada penghujung separuh masa pertama ketika barisan penyerang Maghribi mengasak sebahagian besar babak kedua.

Aksi Jawad El Yamiq mencari gol penyamaan Maghribi

Bagaimanapun, Maghribi tidak dapat mencipta peluang terbaik untuk mencari gol penyamaan dan meneruskan rentak menakjubkan ketika menewaskan Belgium, Sepanyol dan Portugal, sekali gus menjadikan negara itu pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir.

Perancis mengukuhkan kedudukan pada minit ke-79 apabila aksi cemerlang Kylian Mbappe yang menggelecek disempurnakan pemain gantian, Kolo Muani dengan jaringan tidak sampai seminit selepas masuk.

Perancis kini menjadi juara bertahan yang berjaya mara ke perlawanan akhir berturut-turut sejak Brazil pada 2002 dan menantikan pertembungan Ahad ini untuk mengikuti Brazil (1962) dan Itali (1938) sebagai pasukan ketiga yang mengekalkan kejuaraan. – REUTERS

- Advertisement -