RM12.9 juta baiki jalan di Kelantan 2022

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan peruntukan sebanyak RM12.9 juta sehingga Oktober tahun ini bagi membaiki dan menaik taraf jalan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr Azami Mohd Nor, berkata peruntukan pembangunan itu sudah disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
 

“Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (KAPJN) untuk menyelenggara jalan-jalan kampung, jalan raya bandaran dan jalan raya negeri yang didaftarkan di bawah Sistem MARRIS On-Line.

“Sehingga Oktober tahun ini, seiumlah RM3.8 juta peruntukan di bawah Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri dan sejumlah RM9.1 juta peruntukan di bawah KAPJN.

“Antara faktor kerosakan jalan di jalan-jalan seliaan PBT yang dikenal pasti ialah kerja-kerja pembangunan yang membabitkan jentera berat dan sistem perlongkangan yang tidak efisyen,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) berhubung perancangan dan kaedah penyelesaian kerajaan negeri berkaitan jalan rosak.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua PBT diarah untuk kawalan terhadap kerja-kerja pembangunan dilakukan dari semasa ke semasa.

Di samping itu juga katanya, untuk menaiktaraf sistem perlongkangan, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.9 juta kepada semua PBT di negeri ini di bawah peruntukan pembangunan. – HARAKAHDAILY 29/11/2022

- Advertisement -