Mauna Loa yang senyap sejak 40 tahun lalu meletus

- Advertisement -

HONOLULU: Gunung berapi aktif terbesar di dunia, Mauna Loa, mula meletus buat kali pertama sejak 1984, Ahad lalu, menamatkan tempoh senyapnya yang paling lama dalam sejarah.

- Advertisement -

Langit malam di pulau terbesar Hawaii itu memancarkan warna merah menyala apabila lahar panas yang terang memancar di puncak gunung berapi itu, kira-kira jam 11:30 malam waktu tempatan Ahad lalu.

Mengikut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), ketika ini lava di puncak gunung itu tidak mengancam penduduk Hawaii yang tinggal di kawasan cerun.

Bagaimanapun, USGS memberi amaran kepada penduduk semalam bahawa gas gunung berapi dan abu halus mungkin hanyut.

Mauna Loa setinggi 4,169 meter di atas Lautan Pasifik, sebahagian daripada rangkaian gunung berapi yang membentuk kepulauan Hawaii. Kali terakhir, gunung itu meletus pada Mac dan April 1984, menyebabkan aliran lava dalam jarak 8.05 kilometer dari Hilo, bandar terbesar di pulau itu.

Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii memberitahu,dua pusat perlindungan dibuka di pulau itu sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi menegaskan bahawa tiada tanda-tanda bahawa lava akan mengancam kawasan penduduk menyebabkan tidak mengeluarkan sebarang arahan pemindahan.

Menurut agensi itu, kira-kira separuh daripada semua letusan Mauna Loa yang direkodkan terhad di puncak. – REUTERS

- Advertisement -