Qatar 2022: Pentas dakwah masyarakat dunia

- Advertisement -

PIALA Dunia adalah sinonim bagi masyarakat dunia khusus untuk penggemar bola sepak. Menarik kali ini dilaksanakan di negara Qatar. Walaupun sebuah negara kecil di Asia Tengah, mereka berjaya melaksanakan piala prestij itu.

- Advertisement -

Qatar sangat terkenal dengan negara yang mengamalkan budaya Islam. Budaya ini diimplementasi di dalam Piala Dunia kali ini. Kita boleh lihat beberapa polisi ditetapkan antaranya tidak ada arak dijual di dalam stadium, ‘armband’ kapten pasukan dilarang memakai logo yang melambangkan LGBT, pembudayaan azan dan solat di stadium dan banyak lagi.

Negara Barat sangat menentang polisi-polisi ini atas faktor kebebasan. Walaupun ditentang, Qatar tetap berkeras mahu laksanakan polisi berkenaan.

Hasil daripada itu, ramai sedar bahawa Islam adalah tidak seperti digambarkan dalam dunia Barat. Berbondong-bondong mengucapkan kalimah syahadah hasil dari usaha dakwah mereka.

Inilah promosi Islam yang Qatar sedang tunjukkan kepada dunia luar. Islamofobia tidak seperti yang dimomokkan oleh golongan Barat. Adalah salah diistilahkan ‘menunggang agama’ tetapi ‘menggunakan petunjuk agama’ dalam pelaksanaan harian. 

Diharap agar Malaysia dapat menjadikan Qatar sebagai negara contoh. Hiburan-hiburan juga, prinsip Islam tetap dijaga.

MUHAMMAD ARMAN FARIS OMAR 
Pengerusi
Majlis Dakwah dan Kebajikan – HARAKAHDAILY 29/11/2022

- Advertisement -