PM usah layan pihak ambil kesempatan langgar peraturan

Rozi Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Perdana Menteri Malaysia Ke-10 diharap tidak memberi hak atau melayan golongan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri yang jelas bercanggah dengan undang-undang negara.

- Advertisement -

Rozi Muhamad (PAS-Tendong), berkata perdana menteri perlu mengambil perhatian serius untuk tidak melayani golongan tertentu berkaitan agama dan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang.

Menurutnya, pengalaman Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan memberi igauan ngeri pada rakyat di negara ini apabila perkara sensitif berkaitan agama dan undang-undang dituntut pihak tertentu ketika itu.

“Kita tidak mahu perkara tersebut berulang dan kita meminta perdana menteri bertegas dalam soal ini,” katanya ketika membahas menyokong Belanjawan Kelantan 2023 pada sidang DUN hari ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) kerana berjaya memenangi 71 kerusi pada PRU-15 di seluruh negara yang membuktikan PN mendapat kepercayaan majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Sambungnya, ia merupakan petanda baik untuk masa hadapan ke arah melahirkan pentadbiran negara yang makmur, harmoni dan bersih.

Terdahulu ketika membahas bajet 3023 Dato Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) berharap semua pihak bersatu kembali memakmurkan negara dan negeri selepas PRU-15.

Dengan nada sebak, beliau mengakui langsung tidak terduga BN menerima kekalahan yang amat mendukacitakan pada PRU-15 di seluruh negara.

“Tetapi kami reda dan terima dengan penuh sabar jika itu keputusan yang dibuat rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/11/2022

- Advertisement -