Bina banyak loji baharu atasi masalah bekalan air

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sentiasa membuat perancangan bagi mengatasi masalah bekalan air sepanjang tahun ini dan tahun 2023 antaranya membabitkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) sebagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

- Advertisement -

Sehingga kini lima LRA telah siap dibina, manakala 5 lagi sedang dibina dan 16 lagi akan dibina bagi meningkat bekalan air ke seluruh Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, kapasiti pengeluaran air apabila siap pembinaan LRA tersebut sebanyak 236 juta liter sehari (JLH).

Katanya kapasiti pengeluaran air tersebut tidak termasuk menaiktaraf sistem proses di LRA Perol dan Wakaf Bharu.

Kata beliau projek Loji Rawatan Air yang telah siap antaranya LRA Kemahang 1 di Tanah Merah dan LRA Chalil, Gua Musang.

“Sementara itu, beberapa pojek LRA mini dalam pembinaan antaranya, Teluk Mesira, Bachok (2), Jelawat, Bachok (4), Ketereh, Kota Bharu (8), Meranti Baru, Pasir Mas (6).

“Ada juga beberapa tempat yang dicadang untuk membuat LRA mini di mana sekarang dalam proses pemilikan tanah seperti di Telong Bachok dan beberapa tempat lagi,” ujarnya menjawab soalan Mohd Adanan Hassan (PAS-Kelaboran) pada sidang Dun hari ini.

Kata beliau juga penukaran paip-paip lama setakat ini siap sepanjang 91 km di mana bermula pada 2018 membabitkan kos RM73.6 juta. – HARAKAHDAILY 27/11/2022

- Advertisement -