PN setuju pertimbang cadangan tubuh Kerajaan Perpaduan

Dato’ Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL (PN) hari ini telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

- Advertisement -

Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan media, sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 24/11/2022

- Advertisement -